Hari Sukan Negara


Banner yang akan dipasangkan di balai J3k Kg Alor Tempoyaak


Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
















Program Kospen

Cwg telah menghantar 3 ahli ke program kospen pada hari ini (28/09/2016)...untuk sesi prektikal penggunaan alat-alat saringan kesihatan..



MAKLUMAN PENTING!!!

MAKLUMAN PENTING!!!
Program TOM Sesi Terakhir akan dilaksanakan pada HARI SABTU, 8 OKTOBER 2016 di Arena Merdeka, Dungun.

Pendaftaran bermula jam 7.00 pagi. Kaunter akan dibuka mengikut DUN memandangkan peserta keempat-empat DUN terlibat di tempat yg sama.

Program disekalikan dengan Program Hari Sukan Negara. Antara pengisian termasuklah Senamrobik & Fun Run (Lari Santai 1.4 km).

Peserta terlibat adalah SEMUA KATEGORI termasuk Sukan Orang Muda (SuKOM).

Peserta diminta hadir berpakaian sukan.